Tuesday, October 21, 2008
CINTA SEPUPU
Orang kata cinta sepupu ni tak berapa manis kerana ahli keluarga tidak berkembang sekaligus umat islam juga tidak ramai.Tapi dalam keluargaku cinta sepupu bagaikan tradisi turun-temurun aku pun tak tahu,mungkin cinta yang berputik tanpa disedari.Tapi bagiku yang pernah melalui cinta sepupu ini cinta ini mungkin tak kekal lama tapi tak mustahail kekal lama kerana atuk dan nenekku juga sepupu.Cinta sepupu bagiku tidak berkembang kerana dari kecil hingga ke besar kita mengenali sepupu kita tapi jika dengan orang lain kita dapat mengenali ahli keluarganya serta dapat emngetahui perlbagai perangai yang ada di dunia ini. mungkin pengalaman kita luas debgan mengenali orang lain.Tapi bagi sepupuku dia beranggapan cinta sepupu boleh bertahan lama kerana kita kenal dengan sepupu kita dari kecil hingga dewasa dan mungkin mudah memahaminya.Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing serta alasan-alasan yang kukuh.Terpulaglah.....
KARENAH KAWAN-KAWANKU
Aku mempunyai 4 orang kawan baik bernama tika,yana,wani,dan yati....kami duduk satu asrama.Aku ganbira dapat kawan seperti mereka kerana kami serasi bersama.Aku mulakan dengan roomateku dulu,namanya tika...dia seorang yang baik dan mengambil berat terhadap kawan.dia selalu membantuku dalam pelajaran dan tahan dengan perangaiku yang gila-gila.Dia suka berceramah apabila sesuatu perkara yang tidak disukai berlaku dan selalu marah padaku sekiranya aku tido lewat.Tika sebenarnya seorang penyanyang dan sahabat yang baik padaku.Yana pula selalu lepak di bilikku,dan yang paling aku suka perangainya adalah dia tidak cepat terasa hati apabila aku mengutuknya...em...satu sikap yang payah didapati oleh seseorang.yana seorang yang suka buat lawak tapi selalunya lawaknya tak der pun orang suka..hehehe...dia seorang yang rajin dan selalu tolong buatkan kerja untuk kawan-kawannya.yana bagiku seorang kawan yang tak selalu sensitif dan rajin.Syabas yana!!!!.Wani pula suka sangat balik umah sebab dia orang ganu same macam aku tapi aku tak lah balik tiap-tiap hari.Tapi bagiku aku kagum dengan wani kerana dia telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai nak sulung debgan baik.Walaupun kadang-kadang kitaorang naik geram denganya tetapi dia pandai membuat suasana ceri.wani bagiku seorang sahabat yanh lucu dan bertimbang rasa sebab dia selalu bagi kitaorang tumpang keretanya.Last sekali,Yati kawanku yang berasal dari Pahang...dia roomate dengan wani dan perangainya ader cikit nak sama dengan wani dan diorang selalu datang lapak dekat bilikku dan tika.yati bagiku seorang sahabat yang baik dan ketika susah dia tidak kedekut membantu kami.Satu yang paling aku suka dengan kawa-kawanku nie bila tengok cerita kami akan tengok bersama dan bila makan juga bersama.Boleh dikataka dimana sahaja kitorang berada kitorang pasti bersama.Terima Kasih kawan-kawanku kerana telah menjadi kawan terbaik dalam hidupku.
PERKAHWINAN ATURAN KELUARGA
Aku ader citer yang ingin dikongsi bersama....Syidi seorang anak yang baik dia mempunyai seorang adik perempuan.Dari kecil hingga dewasa hidupnya di atur oleh keluarga sehinngakan pasangan hidup pun adalah aturan keluarga.Ini kerana Keluarga Syidi amat menyanyangi kedua anaknya.Syidi mempunyai kekasih hati yang amat disayangi tetapi disebabkan keluarganya yang telah mempunyai calon untuknya dia telah memutuskan hubungan dengan kekasihnuya.Pada mulanya dia emmberontak kerana fikir sekarang adalah zaman moden,lainlah di zaman dahulu perkahwinan di atur oleh keluarga.Tetapi kerana terlalu menyanyangi mama dan papanya dia terpaksa mengikut kehendak mereka.Akhirnya Syidi selamat diijab kabulkan dengan seorang guru sekolah rendah.Sehingga sekarang Syidi telah mendapat seorang cahaya mata dan bahagia disamping isteri.Tetapi apakah nasib adiknya pula?Mungkin keluarganya akan mengatur perkahwinan untuk adiknya?Atau adiknya keras kepala tidak seperti Syidi......Hanya allah sahaja yang tahu.
KENANGANKU DI TANAH SUCI
Aku marasa bertuah di usia muda aku telah menjejakkan kaki di Tanah Suci.Tidak di nafikan kenangan di Tanah Suci amat menyeronokkan serta menginsafkan diri.Aku mula menjejakkan kaki di Kota Madidah selama 3 hari.Di sana aku aku dapat masuk di Masjid Nabawi serta dapat melihat Raudah aitu salah satu taman-taman syurga.Makam nabi Muhammad S.W.A terletak di dalam Msjid Nabawi bagi kaum hawa Makam Nabi tidak dapat di lihat dengan jelas kerana makam Nabi terletak di seeblah temapat kaum adam solat.Cuaca disana tidak seperti cuaca di Malaysia,disana panasnya bahang tapi tak berbau badan taw kalu tak mandi pun.Seelpas 3 hari berada di Kota Madinah aku berangkat di Kota Makkah.Disana aku dapat melihat sendiri Kaabah yang selalunya aku lihat di kaca TV.Aku berada di sani selama 9hari dan aku berkesempatan menaiki JABAR NUR aitu bukit nur dimana Nabi Muhammad mendapat wahyu pertama.Kalau aku kenangi semula detik-detik menaiki Bukit Nur aku merasa mungkin itu yang terakhir aku manaikinya tetapi selepas menaiki Bukit Nur aku merasa ingin menaikinya semula jika ade rezeki.Kepada semua kengkawan jika ader rezeki pergilah menjejaki kaki di Tanah Suci kerana pengalamannya amat menyeronokkan dan tidak akan dilupakan seumur hidup.
Tuesday, October 14, 2008
KOREA STORY
Aku adalah salah seorang peminat cerita korea...erm...jangan tak taw,aku baru menghabiskan 2 kisah cerita korea...Best giler citer die...Tajuknya Hello Miss & Sory,I love u.....Aku minat pada pelakon korea Lee Da Hee....jd dalam Hello Miss dia jd heroin tu....dah ar hero die hensem....best ar...jalan citer Hello Miss pun best.....klakar jugak ar....erm...kalau story Sory,I love u....citer dia sedih sangat...bila tengok citer tu,aku rase sedih sangat sampai mengeluarkan air mata...huhuhuhu...citer die lebih kurang cam citer Auntum My Heart...sedih...tapi konflik cikit ar......tp sepanjang aku tengok citer korea.em....citer My Girl dan Sassy Girl......best.....kalau sesape yang minat korea leh share dengan aku.......
Subscribe to:
Posts (Atom)